Wednesday, 24 October 2012

Lagu : Nenek Si Bongkok Tiga

Aktiviti nyanyian dapat membantu perkembangan pertuturan murid-murid.

Sunday, 21 October 2012

Gambar : Lawatan Dari Pihak Klinik Kesihatan



 Jururawat menunjukkan demontrasi menggosok gigi dengan betul


 Murid-murid memberikan sepenuh perhatian kepada jururawat di hadapan.

 Jururawat memberi peluang kepada murid-murid untuk melakukan aktiviti main peranan.

Lakonan dari murid.



Alhamdulillah, murid-murid sangat aktif dan memberikan kerjasama yang sama semasa lawatan dari pihak klinik pergigian.

Friday, 19 October 2012

Aktiviti Murid : Kotak Beracun



Masa      :  40 minit (Modul Bertema)

Tema     :  Bunga

Tunjang :  Komunikasi (B.Melayu)


                BM 3.4 Membina dan membaca suku kata

Standard Pembelajaran :  BM 3.4.1 Membunyikan suku kata hasil gabungan huruf
                                       konsonan dan huruf vokal 

Aktiviti :    1)Bersoal jawab mengenai bunga
                 2)Guru menunjukkan beberapa gambar bunga dan nama bunga tersebut
                 3)Murid-murid bermain permainan ‘kotak beracun’.
                 4)Mensuaipadankan gambar bunga dan kad perkataan nama bunga.
                 5)Menyiapkan lembaran kerja

Penerapan Nilai : Keberanian 

BBM : Kad bergambar, kad perkataan,kotak, radio

Kesepaduan Tunjang : Fizikal dan Estetika

 
-:: kad bergambar ::-


-:: kad perkataan ::-

 -:: radio ::-


Monday, 15 October 2012

Selamat Berkenalan

Assalamualaikum.....



Saya memperkenalkan diri, Cikgu Noraisyah binti Rahman.  Saya mengajar di Sekolah Kebangsaan Parit Gantong di kelas Prasekolah Ar-Rahman.  Kelas Prasekolah Ar- Rahman terdiri daripada 20 orang murid cilik yang comel-comel belaka. 


Alhamdulillah, saya telah mengajar di Prasekolah Ar-Rahman selama...........tahun.  Pelbagai ragam yang dapat saya lihat sepanjang mendidik anak-anak kecil ini.  Perkembangan setiap kanak-kanak sangat berbeza pada setiap tahun dan saya jadikan semua itu sebagai cabaran dan pendorong untuk mengajar dengan lebih bersemangat. 


murid prasekolah yang comel-comel ^___^"

dari kiri (belakang) : Siti, Aimi, Haikal, Farul, Irfan, Hannah, Baiyah,  Damia, Fariz, Reizmen dan Aman
dari kiri (depan) : Farzana, Fatin, Izzul, Fitri, Akma, Zulaikha, Azzad, Alimin dan Faiz